Wednesday, May 12, 2010

Pameran Rehal

Akademi Pengajian Melayu (APM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCced) telah mengadakan Pameran Rehal, bertempat di Muzium Etnografi Melayu, pada 12 Oktober hingga 13 November 2009.


Pameran ini telah disertai pelbagai pihak antaranya Muzium Seni Asia, Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Muzium Negeri Selangor, Institut Kraf Negara, Balai Seni Wanpo, Tunjang Bakawali Sdn. Bhd., Inakraf Woodcarving, Warisan Craft Wood, Mega Ukir Kraf, Galleria Al-Atiyah, dan Cipta Edar DHO Sdn. Bhd.

























Turut diadakan aktiviti sokongan Promosi dan Jualan Kraftangan Rehal, dan majlis ilmu yang diberi nama "WACANA WARISAN : REHAL".



























Dalam wacana tersebut, tiga orang tokoh iaitu Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusof (Akademi Pengajian Islam, UM), Wan Mustapa bin Su @ Wanpo (Balai Seni Wanpo), dan Prof. Dato' Dr. Othman Yatim (Akademi Pengajian Melayu, UM) telah dijemput membincangkan tentang "rehal", khususnya dari perspektif Islam, seni ukir Melayu, dan sosio-budaya Melayu. Wacana ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Wan Abdul Kadir Wan Yusof, daripada Akademi Pengajian Melayu, UM.


























Sebagai penutup, majlis "Wacana Warisan : Rehal" turut diserikan dengan persembahan marhaban daripada kumpulan Sautun Najah, Majlis Bandaraya Shah Alam.