Monday, August 1, 2011

Pameran Hasil Penyelidikan APM


Selain menumpukan aktiviti pameran yang menyentuh perihal seni dan budaya, Muzium Etnografi Melayu juga secara konsisten bekerjasama dengan Jabatan Dokumentasi dan Jabatan Penyelidikan APM mempromosikan aktiviti-aktiviti  penyelidikan di APM. Manfaatnya jelas sekali, muzium boleh membantu mempromosikan hasil penyelidikan kakitangan akademik melalui aktiviti pameran.

Sepintas lalu, pameran projek-projek penyelidikan yang terdahulu adalah seperti berikut :

1.   Pameran Projek-Projek Penyelidikan APM. APM menyertai Ekspo Penyelidikan UM 2005, pada 14 - 17 Jun 2005, bertempat di Bangunan Peperiksaan, UM, dan memenangi Booth Terbaik.


2. Pameran Projek Penyelidikan Makanan Melayu. APM menyertaiEkspo Penyelidikan UM 2006, pada 18-20 Julai 2006, di Dewan Tunku Canselor, UM, dan memenangi Booth Kreatif dan Booth Terbaik.


3. Pameran Hasil Penyelidikan APM, 18 Disember 2008, Muzium Etnografi Melayu. Mempamerkan poster-poster untuk 13 projek penyelidikan di APM, sempena Seminar Hasil Penyelidikan APM 2008.
 
4.  Pameran Fotografi APM, 22 Januari - 20 Februari 2009, Muzium Etnografi Melayu. Mempamerkan sebanyak 120 foto pelbagai tema daripada pelbagai projek penyelidikan yang dijalankan oleh staf APM.
 

5.  Pameran Hasil Penyelidikan APM, 27 Mei - 30 Julai 2011, Muzium Etnografi Melayu.         
     Sebanyak 26 poster penyelidikan dipamerkan, daripada 16 penyertaan oleh warga APM.