Monday, January 20, 2014

Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu


Pengenalan

Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) telah mengadakan pameran bertajuk Nuansa Ukiran Kayu Melayu selama 2 bulan mulai 2 September – 31 Oktober 2013, bertempat di Muzium Etnografi Melayu, APM.  

Selain APM yang menguruskan seminar dan PENGUKIR yang menguruskan pameran, aktiviti ini turut mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak antaranya Fakulti Alam Bina UM, Muzium Seni Asia UM dan Institut Kraf Negara (IKN).



Objektif

Tujuan pameran ini diadakan ialah ;
 
     a.    Melestarikan seni ukiran kayu Melayu. 
     b.   Mendokumentasi pelbagai karya seni ukiran Melayu tradisi dan kontemporari
     c.    Menghasilkan bahan rujukan tentang perkembangan terkini seni ukiran Melayu. 

Bahan Pameran

Pameran ini berjaya menghimpunkan 130 buah karya dan artifak ukiran kayu Melayu aliran tradisional dan kontemporari hasil kerja tangan pengukir handalan tanahair antaranya Hj. Latiff Long, Wanpo, Norhaiza Noordin, A. Muhaimin Hasbollah, Mohd. Abdah Hassan dan Zarir Hj. Abdullah. Beberapa karya tokoh seni ukiran seperti Allahyarham Wan Su Othman dan Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein turut menyerikan pameran. Selain itu, pameran ini juga dilengkapi beberapa artifak bertemakan ukiran kayu koleksi Muzium Seni Asia, Muzium Etnografi Melayu dan beberapa hasil kerja pelajar daripada Institut Kraf Negara.






















Peserta Pameran  

1.            Wan  Mustafa  Wan  Su @ WANPO (Adiguru Ukiran Kayu) 
2.             Norhaiza Noordin (Adiguru Ukiran Kayu) 
3.            Abd. Muhaimin Hasbollah, Inakraf Woodcarving 
4.            Mohd. Abdah Hassan, Mega Ukir Craft 
5.            Mohd. Salizan Abd. Rahman, Jurukir Tradisional Sdn. Bhd 
6.            Mohd. Zarir Hj. Abdullah, Zarir Wood Arts (Rupa & Jiwa) 
7.            Jamalias  Ismail, Pasak  Seni Pertukangan Kayu 
8.            Amran  Ismail, Seni  Ukir Warisan 
9.            Khairil  Anuar  A. Ghawi, Generasi Kraf 
10.        Tuzelan Ahmad, Perusahaan Zalikraf 
11.        Mohamad bin Mat Nor, Warisan Craft Wood 
12.        Azizul Ahmad, Idea Craftworks 
13.        Rustam Affandi Abdul Rashid, Qistina Green Garden Craft 
14.        Muhammad bin Abdullah, Seni Pusaka Kraf 
15.        Elias Robani, Kreatif  ER Enterprise 
16.        Zainon Ahmad, N’Kraf Seni  Ukiran Kayu 
17.        Azmi Ismail, Anggun Wood Craft 
18.        Mohd. Noh Zaini, Warisan Gobek Enterprise 
19.        Mohd. Aidil Mohd. Diah, Empayar Limas Enterprise 
20.        Ahmad Ikram Suhaily, Anai Creation Enterprise 
21.        Burhan  Hj. Ashari, Cengal  Timbercraft Sdn. Bhd 
24.        Institut Kraf Negara 
25.        Muzium Seni Asia, UM 
26.        Muzium Etnografi Melayu, APM, UM

Selain itu, dihimpunkan juga karya tokoh-tokoh ukir Melayu seperti berikut :

22.        Allahyarham Wan Su Othman 
23.        Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussein 
24.        Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok 
25.        Allahyarham Che Long Yusof 
26.        Allahyarham Abd. Rahman Long 
27.        Hj. Abdul Latif Long

Pelawat

Selain orang perseorangan, pameran ini juga telah dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik yang datang secara berkumpulan contohnya daripada Kumpulan Arkitek Pattani, Universiti Prince Songkla Pattani, Fakulti Pendididikan UiTM Shah Alam, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, Fakulti Alam Bina UM, dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar Jabatan Kesenian  Melayu APM.



Seminar 

Sempena pameran, Seminar Ukiran Kayu Melayu telah diadakan pada 18 September 2013, bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Semarak , APM, UM. Seminar ini mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 200 orang peserta. Seramai 9 orang pembentang kertas kerja yang terdiri daripada ahli akademik dan penggiat seni telah mengambil bahagian seperti berikut :

(1)        Profesor Emeritus Ezrin Arbi (Ucap Utama dan Perasmi)
   Fakulti Alam Bina UM
   Ukiran Kayu Melayu Dalam Kebudayaan Kebangsaan

(2)        Prof. Dr. Zulkifli Hanafi,  Fakulti Seni Bina & Alam Bina,
   Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)
   Seni Bina Melayu
        
(3)        En. Norhaiza Noordin, YDP PENGUKIR
   Transformasi Ukiran Tradisi Kepada Kontemporari : Pengalaman Seorang Pengukir

(4)        Dr. Sr Zuraini Md. Ali, Fakulti Alam Bina, UM
   Konservasi Bangunan Warisan : Jasa Tan Sri Mubin Sheppard

(5)        Dr. Abdullah Yusof, Akademi Pengajian Islam, UM
   Pengaruh Islam Dalam Seni Dekoratif Bangunan

(6)        En. Ismail Hj. Abdullah, Green Depot Technology
   Pengenalan Teknologi Hijau Kepada Industri Ukiran Kayu Melayu

(7)        Prof. Dato’ Dr. Othman  Yatim & En. Mohammad Nazzri Ahmad
   Akademi Pengajian Melayu, UM
   Keindahan Seni Ukiran Melayu

(8)        Prof. Madya Dr. Mastor Surat,
   Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM
         Gagasan Dan Pemikiran Ragam Hias Dalam Seni Bina Warisan Melayu 

(9)        Pn. Rosnawati Othman, Akademi Nik Rashidin
         Akademi Nik Rashidin : Kesinambungan Warisan Ukiran Kayu 






















 Jualan dan Demonstrasi Kraf 

Sebagai sokongan, jualan dan demonstrasi kraf juga telah diadakan pada 18 September 2013 bagi memeriahkan lagi majlis perasmian dan seminar. Aktiviti ini telah disertai APM, Taman Pustaka, Institut Kraf Negara, Seni Ukir Bakawali, Warisan Craftwood, dan Anai Creation Enterprise.