Berita Harian, 24 November 2010
Saturday, December 4, 2010
Thursday, December 2, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Pameran Seni Khat : Munajat Di Tinta Khat
Pengenalan
“Khat” dalam
bahasa Arab bermaksud tulisan atau garisan yang indah. Seni khat sering
dikaitkan dengan penulisan ayat-ayat suci Al-Quran di atas lembaran-lembaran
kertas, dan kemudiannya dibukukan alam bentuk “musyhaf”. Seni khat juga dihasilkan
daripada penulisan hadis, surat-menyurat antara pemerintah, penulisan
surat-surat perjanjian dan kitab-kitab agama.
Selain ditulis, seni khat juga boleh dinikmati dalam bentuk seni rupa lain seperti diukir pada batu dan kayu, dilukis pada tembikar, ditenun dan ditekat pada kain dan pakaian. Seni khat juga tidak terkecuali daripada pengaruh seni dan teknologi kontemporari. Antaranya, banyak karya khat digabungkan dengan seni catan, direka dan dicetak secara digital, malah ada juga mural khat di tembok.
Dalam konteks budaya Melayu, karya-karya khat lazimnya melibatkan penggunaan kalimah-kalimah suci yang menjadi penghias dinding bukan sahaja pada masjid dan surau, malah turut menjadi penghias dinding rumah dan pejabat. Zaman berubah, namun seni khat masih dilestarikan dengan makna dan simbol yang suci dalam kehidupan sosial orang Melayu.
Anjuran,
tarikh & tempat
Atas
kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk melestarikan seni khat tempatan, Akademi
Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya telah bekerjasama dengan Persatuan
Seni Khat Kebangsaan (PSKK) untuk mengadakan “PAMERAN SENI KHAT : MUNAJAT DI
TINTA KHAT” selama 2 bulan mulai 1 Oktober hingga 30 November 2010, bertempat
di Muzium Etnografi Melayu, APM, UM.
Peserta
& karya
Sebanyak 70
buah karya khat yang dihasilkan oleh seniman-seniman khat tanahair, dan
beberapa karya khat koleksi Muzium Seni Asia, Muzium Negara, Muzium Kraf dan
Yayasan Restu dipamerkan.
Sebahagian besar karya yang dipamerkan bertemakan “doa”. Justeru, selain memperlihatkan keindahan seni khat, pameran ini juga membawa mesej tentang pentingnya amalan berdoa. Sebagai pelengkap, terdapat juga beberapa karya yang menuliskan kalimah-kalimah suci, zikir, petikan surah dari Al-Quran, asma’ ul-husna, dan selawat. Karya-karya yang dipamerkan merangkumi pelbagai jenis tulisan khat antaranya Kufi, Thuluth, Naskh, Riqa’ah dan Diwani.
Sebahagian besar karya yang dipamerkan bertemakan “doa”. Justeru, selain memperlihatkan keindahan seni khat, pameran ini juga membawa mesej tentang pentingnya amalan berdoa. Sebagai pelengkap, terdapat juga beberapa karya yang menuliskan kalimah-kalimah suci, zikir, petikan surah dari Al-Quran, asma’ ul-husna, dan selawat. Karya-karya yang dipamerkan merangkumi pelbagai jenis tulisan khat antaranya Kufi, Thuluth, Naskh, Riqa’ah dan Diwani.
Dari segi
jenis bahan dan teknik pula, ada contoh karya-karya yang dihasilkan dengan
kaedah penulisan tradisi menggunakan buluh resam dan dakwat, catan akrilik atas
kanvas, lukisan batik, ukiran khat pada kayu, batu, tembikar dan tembaga,
tulisan-tulisan khat yang ditenun pada kain songket dan kain kelambu Kaabah,
selain beberapa karya yang dihasilkan menggunakan media campuran seperti perada
emas, kulit tiram, perspek, porselin dan alumunium. Tidak ketinggalan beberapa
karya khat dihasilkan menggunakan media cetak digital.
Aktiviti sokongan
Pameran ini
telah dirasmikan oleh Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah APM,
pada 19 Oktober 2010, di Dewan Semarak, APM. Sempena perasmian tersebut, majlis
ilmu “Wacana Warisan” yang membincangkan tentang “khat” dan “doa” juga
diadakan.
Wacana ini
dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ruzaika Omar Basaree (UiTM Shah Alam), dan
menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Profesor Dr. Bukhari Lubis (PSKK), Pn.
Nor Azlin Hamidon (APM), dan Prof. Dato’
Dr. Mohd. Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff (Akademi Pengajian Islam, UM).
Masing-masing membicarakan tentang “Kesan Penggunaan Seni Khat Islami Dalam
Penyebaran Islam”, “Taburan Seni Khat Bertemakan Doa Di Malaysia” dan “Konsep
dan Amalan Doa Dalam Islam Dan Budaya Melayu”.
Wednesday, September 1, 2010
Pameran Koleksi APM 2010
Akademi Pengajian Melayu
(APM), Universiti Malaya telah mengadakan Pameran Koleksi APM 2010, bertempat
di Muzium Etnografi Melayu , APM, Universiti Malaya. Pameran ini diadakan
selama sebulan dari 1 hingga 31 Ogos
2010.
Objektif pameran ini ialah untuk memasyarakatkan koleksi
Muzium Etnografi Melayu yang terkumpul gabungan koleksi Jabatan Pengajian
Melayu, Hasil Projek Penyelidikan APM, Karya Pelajar APM, dan Perolehan Baru
Muzium Etnografi Melayu.
Antara koleksi yang
dipamerkan adalah seperti barangan tembikar, tembaga, seni anyaman kelarai, seni
ukiran, keris, songket, model rumah Melayu, seni khat, teknologi pertanian dan perikanan
Melayu, foto tokoh pengajian Melayu, foto penyelidikan APM, dan poster projek-projek
Penyelidikan APM.
Wednesday, May 12, 2010
Pameran Rehal
Akademi Pengajian Melayu (APM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCced) telah mengadakan Pameran Rehal, bertempat di Muzium Etnografi Melayu, pada 12 Oktober hingga 13 November 2009.
Pameran ini telah disertai pelbagai pihak antaranya Muzium Seni Asia, Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Muzium Negeri Selangor, Institut Kraf Negara, Balai Seni Wanpo, Tunjang Bakawali Sdn. Bhd., Inakraf Woodcarving, Warisan Craft Wood, Mega Ukir Kraf, Galleria Al-Atiyah, dan Cipta Edar DHO Sdn. Bhd.
Turut diadakan aktiviti sokongan Promosi dan Jualan Kraftangan Rehal, dan majlis ilmu yang diberi nama "WACANA WARISAN : REHAL".
Dalam wacana tersebut, tiga orang tokoh iaitu Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusof (Akademi Pengajian Islam, UM), Wan Mustapa bin Su @ Wanpo (Balai Seni Wanpo), dan Prof. Dato' Dr. Othman Yatim (Akademi Pengajian Melayu, UM) telah dijemput membincangkan tentang "rehal", khususnya dari perspektif Islam, seni ukir Melayu, dan sosio-budaya Melayu. Wacana ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Wan Abdul Kadir Wan Yusof, daripada Akademi Pengajian Melayu, UM.
Sebagai penutup, majlis "Wacana Warisan : Rehal" turut diserikan dengan persembahan marhaban daripada kumpulan Sautun Najah, Majlis Bandaraya Shah Alam.
Friday, March 26, 2010
Pengenalan
Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM) ditubuhkan bertujuan menyokong salah satu matlamat penubuhan APM, iaitu menjadi pusat penyelidikan dan pendokumentasian berkaitan bidang Pengajian Melayu.
Koleksi muzium ini tertumpu kepada beberapa tema pilihan seperti tekstil Melayu, barangan tembaga, tembikar, anyaman, ukiran, rumah Melayu, keris, teknologi tradisional, dan tokoh-tokoh Pengajian Melayu.
Dari masa ke semasa, aktiviti pameran turut diadakan sebagai pelengkap kepada pelbagai aktiviti penyelidikan dan pendokumentasian berkaitan dengan bidang Pengajian Melayu yang dijalankan oleh warga APM.
Waktu Operasi
Buka : 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
Rehat : 1.00 - 2.00 petang (Isnin - Khamis)
12.00 tghr. - 3.00 petang (Jumaat)
Cuti : Sabtu, Ahad, dan Cuti Am
Hubungi
Kurator
Muzium Etnografi Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel. : 03 - 7967 7275
Faks : 03 - 7967 7214
Lokasi
Dari masa ke semasa, aktiviti pameran turut diadakan sebagai pelengkap kepada pelbagai aktiviti penyelidikan dan pendokumentasian berkaitan dengan bidang Pengajian Melayu yang dijalankan oleh warga APM.
Waktu Operasi
Buka : 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)
Rehat : 1.00 - 2.00 petang (Isnin - Khamis)
12.00 tghr. - 3.00 petang (Jumaat)
Cuti : Sabtu, Ahad, dan Cuti Am
Hubungi
Kurator
Muzium Etnografi Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel. : 03 - 7967 7275
Faks : 03 - 7967 7214
Lokasi
Thursday, March 25, 2010
Senarai Aktiviti
Pameran
Tokoh-Tokoh Pengajian Melayu,
24
April 2002, Dewan Semarak, APM.
Pameran
Kartun Nusantara,
21
Ogos - 22 September 2003, Dewan Semarak, APM.
Pameran
Projek-Projek Penyelidikan APM
(Ekspo Penyelidikan UM 2005),
14
- 17 Jun2005, Bangunan Peperiksaan, UM.
Bengkel
Seni Tekatan,
29-30
September 2005,
Muzium
Etnografi Melayu, APM.
Pameran
Projek Penyelidikan Makanan Melayu
(Ekspo Penyelidikan UM 2006),
18-20
Julai 2006, Dewan Tunku Canselor, UM.
Pameran
Koleksi Digital Muzium Etnografi Melayu,
Sempena Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu,
8-9
November 2006, Hotel Armada PJ.
Bengkel
Anyaman Kelarai,
23-24
Mac 2007, Foyer APM.
Bengkel
Anyaman Bakul,
26
Feb. & 3 Mac 2007, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran Tokoh
Syarahan Za’ba,
26
Julai 2007, Dewan Angsana, APM.
Pameran
& Bengkel Keris,
13-14
November 2008, Bilik Seminar Bakawali, APM.
Pameran
Penyelidikan APM,
18
Disember 2008, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran
Fotografi APM,
22
Januari – 20 Februari 2009, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran
Rehal,
12
Oktober – 13 November 2009, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran Koleksi APM,
1- 31 Ogos 2010, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran Seni Khat:
Munajat Di Tinta Khat,
1
Okt–30 Nov.2010, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran Hasil
Penyelidikan APM,
27 Mei – 30 Julai 2011, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran Perisai,
12 Dis. 2011 – 12 Feb. 2012, Muzium Etnografi
Melayu.
Ceramah : Kerjaya Pengawetan Dalam Permuziuman,
8 Mei
2012, Dewan Semarak.
Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu,
2 Sept. - 31 Okt. 2013, Muzium Etnografi Melayu.
Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu,
2 Sept. - 31 Okt. 2013, Muzium Etnografi Melayu.
Tuesday, February 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)