Berita Harian, 24 November 2010
Saturday, December 4, 2010
Thursday, December 2, 2010
Wednesday, December 1, 2010
Pameran Seni Khat : Munajat Di Tinta Khat
Pengenalan
“Khat” dalam
bahasa Arab bermaksud tulisan atau garisan yang indah. Seni khat sering
dikaitkan dengan penulisan ayat-ayat suci Al-Quran di atas lembaran-lembaran
kertas, dan kemudiannya dibukukan alam bentuk “musyhaf”. Seni khat juga dihasilkan
daripada penulisan hadis, surat-menyurat antara pemerintah, penulisan
surat-surat perjanjian dan kitab-kitab agama.
Selain ditulis, seni khat juga boleh dinikmati dalam bentuk seni rupa lain seperti diukir pada batu dan kayu, dilukis pada tembikar, ditenun dan ditekat pada kain dan pakaian. Seni khat juga tidak terkecuali daripada pengaruh seni dan teknologi kontemporari. Antaranya, banyak karya khat digabungkan dengan seni catan, direka dan dicetak secara digital, malah ada juga mural khat di tembok.
Dalam konteks budaya Melayu, karya-karya khat lazimnya melibatkan penggunaan kalimah-kalimah suci yang menjadi penghias dinding bukan sahaja pada masjid dan surau, malah turut menjadi penghias dinding rumah dan pejabat. Zaman berubah, namun seni khat masih dilestarikan dengan makna dan simbol yang suci dalam kehidupan sosial orang Melayu.
Anjuran,
tarikh & tempat
Atas
kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk melestarikan seni khat tempatan, Akademi
Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya telah bekerjasama dengan Persatuan
Seni Khat Kebangsaan (PSKK) untuk mengadakan “PAMERAN SENI KHAT : MUNAJAT DI
TINTA KHAT” selama 2 bulan mulai 1 Oktober hingga 30 November 2010, bertempat
di Muzium Etnografi Melayu, APM, UM.
Peserta
& karya
Sebanyak 70
buah karya khat yang dihasilkan oleh seniman-seniman khat tanahair, dan
beberapa karya khat koleksi Muzium Seni Asia, Muzium Negara, Muzium Kraf dan
Yayasan Restu dipamerkan.
Sebahagian besar karya yang dipamerkan bertemakan “doa”. Justeru, selain memperlihatkan keindahan seni khat, pameran ini juga membawa mesej tentang pentingnya amalan berdoa. Sebagai pelengkap, terdapat juga beberapa karya yang menuliskan kalimah-kalimah suci, zikir, petikan surah dari Al-Quran, asma’ ul-husna, dan selawat. Karya-karya yang dipamerkan merangkumi pelbagai jenis tulisan khat antaranya Kufi, Thuluth, Naskh, Riqa’ah dan Diwani.
Sebahagian besar karya yang dipamerkan bertemakan “doa”. Justeru, selain memperlihatkan keindahan seni khat, pameran ini juga membawa mesej tentang pentingnya amalan berdoa. Sebagai pelengkap, terdapat juga beberapa karya yang menuliskan kalimah-kalimah suci, zikir, petikan surah dari Al-Quran, asma’ ul-husna, dan selawat. Karya-karya yang dipamerkan merangkumi pelbagai jenis tulisan khat antaranya Kufi, Thuluth, Naskh, Riqa’ah dan Diwani.
Dari segi
jenis bahan dan teknik pula, ada contoh karya-karya yang dihasilkan dengan
kaedah penulisan tradisi menggunakan buluh resam dan dakwat, catan akrilik atas
kanvas, lukisan batik, ukiran khat pada kayu, batu, tembikar dan tembaga,
tulisan-tulisan khat yang ditenun pada kain songket dan kain kelambu Kaabah,
selain beberapa karya yang dihasilkan menggunakan media campuran seperti perada
emas, kulit tiram, perspek, porselin dan alumunium. Tidak ketinggalan beberapa
karya khat dihasilkan menggunakan media cetak digital.
Aktiviti sokongan
Pameran ini
telah dirasmikan oleh Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah APM,
pada 19 Oktober 2010, di Dewan Semarak, APM. Sempena perasmian tersebut, majlis
ilmu “Wacana Warisan” yang membincangkan tentang “khat” dan “doa” juga
diadakan.
Wacana ini
dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Ruzaika Omar Basaree (UiTM Shah Alam), dan
menampilkan tiga orang ahli panel iaitu Profesor Dr. Bukhari Lubis (PSKK), Pn.
Nor Azlin Hamidon (APM), dan Prof. Dato’
Dr. Mohd. Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff (Akademi Pengajian Islam, UM).
Masing-masing membicarakan tentang “Kesan Penggunaan Seni Khat Islami Dalam
Penyebaran Islam”, “Taburan Seni Khat Bertemakan Doa Di Malaysia” dan “Konsep
dan Amalan Doa Dalam Islam Dan Budaya Melayu”.
Subscribe to:
Posts (Atom)