Monday, June 2, 2014
Tuesday, January 21, 2014
Monday, January 20, 2014
Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu
Pengenalan
Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) telah mengadakan pameran bertajuk Nuansa Ukiran Kayu Melayu selama 2 bulan mulai 2 September – 31 Oktober 2013, bertempat di Muzium Etnografi Melayu, APM.
Selain APM yang menguruskan seminar dan PENGUKIR yang menguruskan pameran, aktiviti ini turut mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak antaranya Fakulti Alam Bina UM, Muzium Seni Asia UM dan Institut Kraf Negara (IKN).
Objektif
Tujuan pameran ini diadakan ialah ;
a.
Melestarikan
seni ukiran kayu Melayu.
b.
Mendokumentasi
pelbagai karya seni ukiran Melayu tradisi dan kontemporari
c.
Menghasilkan
bahan rujukan tentang perkembangan terkini seni ukiran Melayu.
Bahan Pameran
Pameran ini berjaya menghimpunkan 130 buah karya dan artifak ukiran kayu Melayu aliran tradisional dan kontemporari hasil kerja tangan pengukir handalan tanahair antaranya Hj. Latiff Long, Wanpo, Norhaiza Noordin, A. Muhaimin Hasbollah, Mohd. Abdah Hassan dan Zarir Hj. Abdullah. Beberapa karya tokoh seni ukiran seperti Allahyarham Wan Su Othman dan Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein turut menyerikan pameran. Selain itu, pameran ini juga dilengkapi beberapa artifak bertemakan ukiran kayu koleksi Muzium Seni Asia, Muzium Etnografi Melayu dan beberapa hasil kerja pelajar daripada Institut Kraf Negara.
Peserta Pameran
1. Wan Mustafa Wan Su @ WANPO (Adiguru Ukiran Kayu)
2. Norhaiza Noordin (Adiguru Ukiran Kayu)
3. Abd. Muhaimin Hasbollah, Inakraf Woodcarving
4. Mohd. Abdah Hassan, Mega Ukir Craft
5. Mohd. Salizan Abd. Rahman, Jurukir Tradisional Sdn. Bhd
6. Mohd. Zarir Hj. Abdullah, Zarir Wood Arts (Rupa & Jiwa)
7. Jamalias Ismail, Pasak Seni Pertukangan Kayu
8. Amran Ismail, Seni Ukir Warisan
9. Khairil Anuar A. Ghawi, Generasi Kraf
10. Tuzelan Ahmad, Perusahaan Zalikraf
11. Mohamad bin Mat Nor, Warisan Craft Wood
12. Azizul Ahmad, Idea Craftworks
13. Rustam Affandi Abdul Rashid, Qistina Green Garden Craft
14. Muhammad bin Abdullah, Seni Pusaka Kraf
15. Elias Robani, Kreatif ER Enterprise
16. Zainon Ahmad, N’Kraf Seni Ukiran Kayu
17. Azmi Ismail, Anggun Wood Craft
18. Mohd. Noh Zaini, Warisan Gobek Enterprise
19. Mohd. Aidil Mohd. Diah, Empayar Limas Enterprise
20. Ahmad Ikram Suhaily, Anai Creation Enterprise
21. Burhan Hj. Ashari, Cengal Timbercraft Sdn. Bhd
24. Institut Kraf Negara
25. Muzium Seni Asia, UM
26. Muzium Etnografi Melayu, APM, UM
23. Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussein
24. Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok
25. Allahyarham Che Long Yusof
26. Allahyarham Abd. Rahman Long
27. Hj. Abdul Latif Long
Pelawat
Selain orang perseorangan, pameran ini juga telah dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik yang datang secara berkumpulan contohnya daripada Kumpulan Arkitek Pattani, Universiti Prince Songkla Pattani, Fakulti Pendididikan UiTM Shah Alam, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, Fakulti Alam Bina UM, dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar Jabatan Kesenian Melayu APM.
Seminar
Sempena pameran, Seminar Ukiran Kayu Melayu telah diadakan pada 18 September 2013, bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Dewan Semarak , APM, UM. Seminar ini mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 200 orang peserta. Seramai 9 orang pembentang kertas kerja yang terdiri daripada ahli akademik dan penggiat seni telah mengambil bahagian seperti berikut :
Fakulti Alam Bina UM
Ukiran Kayu Melayu Dalam Kebudayaan
Kebangsaan
Infrastructure University Kuala Lumpur
(IUKL)
Seni Bina Melayu
Transformasi Ukiran Tradisi Kepada
Kontemporari : Pengalaman Seorang Pengukir
Konservasi Bangunan Warisan : Jasa Tan
Sri Mubin Sheppard
Pengaruh Islam Dalam Seni Dekoratif
Bangunan
Pengenalan Teknologi Hijau Kepada
Industri Ukiran Kayu Melayu
Akademi Pengajian Melayu, UM
Keindahan Seni Ukiran Melayu
Jabatan
Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM
Gagasan Dan Pemikiran Ragam Hias Dalam
Seni Bina Warisan Melayu (9) Pn. Rosnawati Othman, Akademi Nik Rashidin
Akademi Nik Rashidin : Kesinambungan Warisan Ukiran Kayu
Jualan dan Demonstrasi Kraf
Sebagai sokongan, jualan dan demonstrasi kraf juga
telah diadakan pada 18 September 2013 bagi memeriahkan lagi majlis perasmian
dan seminar. Aktiviti ini telah disertai APM, Taman Pustaka,
Institut Kraf Negara, Seni Ukir Bakawali, Warisan Craftwood, dan Anai Creation Enterprise.
Subscribe to:
Posts (Atom)