Wednesday, September 1, 2010

Pameran Koleksi APM 2010



Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya telah mengadakan Pameran Koleksi APM 2010, bertempat di Muzium Etnografi Melayu , APM, Universiti Malaya. Pameran ini diadakan selama sebulan dari 1 hingga 31 Ogos 2010.


Objektif pameran ini ialah untuk memasyarakatkan koleksi Muzium Etnografi Melayu yang terkumpul gabungan koleksi Jabatan Pengajian Melayu, Hasil Projek Penyelidikan APM, Karya Pelajar APM, dan Perolehan Baru Muzium Etnografi Melayu.


Antara koleksi yang dipamerkan adalah seperti barangan tembikar, tembaga, seni anyaman kelarai, seni ukiran, keris, songket, model rumah Melayu, seni khat, teknologi pertanian dan perikanan Melayu, foto tokoh pengajian Melayu, foto penyelidikan APM, dan poster projek-projek Penyelidikan APM.


Wednesday, May 12, 2010

Pameran Rehal

Akademi Pengajian Melayu (APM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCced) telah mengadakan Pameran Rehal, bertempat di Muzium Etnografi Melayu, pada 12 Oktober hingga 13 November 2009.


Pameran ini telah disertai pelbagai pihak antaranya Muzium Seni Asia, Jabatan Muzium Malaysia, Perbadanan Muzium Negeri Selangor, Institut Kraf Negara, Balai Seni Wanpo, Tunjang Bakawali Sdn. Bhd., Inakraf Woodcarving, Warisan Craft Wood, Mega Ukir Kraf, Galleria Al-Atiyah, dan Cipta Edar DHO Sdn. Bhd.

























Turut diadakan aktiviti sokongan Promosi dan Jualan Kraftangan Rehal, dan majlis ilmu yang diberi nama "WACANA WARISAN : REHAL".



























Dalam wacana tersebut, tiga orang tokoh iaitu Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusof (Akademi Pengajian Islam, UM), Wan Mustapa bin Su @ Wanpo (Balai Seni Wanpo), dan Prof. Dato' Dr. Othman Yatim (Akademi Pengajian Melayu, UM) telah dijemput membincangkan tentang "rehal", khususnya dari perspektif Islam, seni ukir Melayu, dan sosio-budaya Melayu. Wacana ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Wan Abdul Kadir Wan Yusof, daripada Akademi Pengajian Melayu, UM.


























Sebagai penutup, majlis "Wacana Warisan : Rehal" turut diserikan dengan persembahan marhaban daripada kumpulan Sautun Najah, Majlis Bandaraya Shah Alam.

Friday, March 26, 2010

Pengenalan


Muzium Etnografi Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM) ditubuhkan bertujuan menyokong salah satu matlamat penubuhan APM, iaitu menjadi pusat penyelidikan dan pendokumentasian berkaitan bidang Pengajian Melayu.
 
Koleksi muzium ini tertumpu kepada beberapa tema pilihan seperti tekstil Melayu, barangan tembaga, tembikar, anyaman, ukiran, rumah Melayu, keris, teknologi tradisional, dan tokoh-tokoh Pengajian Melayu.

Dari masa ke semasa, aktiviti pameran turut diadakan sebagai pelengkap kepada pelbagai aktiviti penyelidikan dan pendokumentasian berkaitan dengan bidang Pengajian Melayu yang dijalankan oleh warga APM.



Waktu Operasi

Buka      :      9.00 pagi - 5.00 petang      (Isnin - Jumaat)

Rehat    :      1.00 - 2.00 petang                (Isnin - Khamis)
                       12.00 tghr. - 3.00 petang    (Jumaat)

Cuti       :       Sabtu, Ahad, dan Cuti Am


Hubungi

Kurator
Muzium Etnografi Melayu
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Tel. : 03 - 7967 7275
Faks : 03 - 7967 7214



Lokasi




Thursday, March 25, 2010

Senarai Aktiviti


Pameran Tokoh-Tokoh Pengajian Melayu,
24 April 2002, Dewan Semarak, APM.

Pameran Kartun Nusantara,
21 Ogos - 22 September 2003, Dewan Semarak, APM.

Pameran Projek-Projek Penyelidikan APM
(Ekspo Penyelidikan UM 2005),
14 - 17 Jun2005, Bangunan Peperiksaan, UM.

Bengkel Seni Tekatan,
29-30 September 2005,
Muzium Etnografi Melayu, APM.

Pameran Projek Penyelidikan Makanan Melayu
(Ekspo Penyelidikan UM 2006),
18-20 Julai 2006, Dewan Tunku Canselor, UM.

Pameran Koleksi Digital Muzium Etnografi Melayu,
Sempena Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu,
8-9 November 2006, Hotel Armada PJ.

Bengkel Anyaman Kelarai,
23-24 Mac 2007, Foyer APM.

Bengkel Anyaman Bakul,
26 Feb. & 3 Mac 2007, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Tokoh Syarahan Za’ba,
26 Julai 2007, Dewan Angsana, APM.

Pameran & Bengkel Keris,
13-14 November 2008, Bilik Seminar Bakawali, APM.

Pameran Penyelidikan APM,
18 Disember 2008, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Fotografi APM,
22 Januari – 20 Februari 2009, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Rehal,
12 Oktober – 13 November 2009, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Koleksi APM,
1- 31 Ogos 2010, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Seni Khat: Munajat Di Tinta Khat,
1 Okt–30 Nov.2010, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Hasil Penyelidikan APM,
27 Mei – 30 Julai 2011, Muzium Etnografi Melayu.

Pameran Perisai,
12 Dis. 2011 – 12 Feb. 2012, Muzium Etnografi Melayu.

Ceramah : Kerjaya Pengawetan Dalam Permuziuman,
8 Mei 2012, Dewan Semarak.

Pameran Nuansa Ukiran Kayu Melayu,
2 Sept. - 31 Okt. 2013, Muzium Etnografi Melayu. 

Tuesday, February 2, 2010

Monday, February 1, 2010

Monday, November 30, 2009

Keunikan Kraftangan Rehal


Kosmo, 12 November 2009