Selain menumpukan
aktiviti pameran yang menyentuh perihal seni dan budaya, Muzium Etnografi
Melayu juga secara konsisten bekerjasama dengan Jabatan Dokumentasi dan Jabatan
Penyelidikan APM mempromosikan aktiviti-aktiviti penyelidikan di APM. Manfaatnya jelas sekali,
muzium boleh membantu mempromosikan hasil penyelidikan kakitangan akademik
melalui aktiviti pameran.
Sepintas
lalu, pameran projek-projek penyelidikan yang terdahulu adalah seperti berikut
:
1. Pameran Projek-Projek Penyelidikan APM. APM
menyertai Ekspo Penyelidikan UM 2005, pada 14
- 17 Jun 2005, bertempat di Bangunan Peperiksaan, UM, dan memenangi Booth Terbaik.
2. Pameran Projek Penyelidikan Makanan Melayu. APM menyertaiEkspo
Penyelidikan UM 2006, pada 18-20
Julai 2006, di Dewan Tunku Canselor, UM, dan memenangi Booth Kreatif dan Booth
Terbaik.
3. Pameran Hasil Penyelidikan APM, 18 Disember 2008, Muzium Etnografi
Melayu. Mempamerkan poster-poster untuk 13 projek penyelidikan di APM, sempena
Seminar Hasil Penyelidikan APM 2008.
4. Pameran Fotografi APM, 22 Januari - 20 Februari 2009,
Muzium Etnografi Melayu. Mempamerkan sebanyak 120 foto pelbagai tema daripada pelbagai
projek penyelidikan yang dijalankan oleh staf APM.
5. Pameran Hasil Penyelidikan APM, 27 Mei - 30 Julai 2011, Muzium Etnografi Melayu.
Sebanyak 26 poster penyelidikan dipamerkan, daripada 16
penyertaan oleh warga APM.
No comments:
Post a Comment